Monday, April 11, 2011

Kerjaya ku

Sedikit perkongsian tentang apa yang dialami oleh saya kini. Telah lama saya pendamkan, rasanya tibalah masanya saya luahkan sedikit di sini.

Setelah tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia, saya telah memilih untuk berehat sebelum merancang hala hidup saya.

Kini, bulan April menjengah. Bermakna sudah 4 bulan saya habis belajar di universiti kebanggaan saya, Universiti Teknologi PETRONAS.

Saya kini memiliki beberapa pilihan:
1. Bekerja full time dengan syarikat penerbitan antarabangsa, Grolier.
2. Menyambung Master dalam kejuruteraan kimia/ mungkin bidang lain.
3. Menjadi seorang jurutera di mana-mana syarikat swasta.
4. Terus membuka syarikat sendiri.

Keempat-empat pilihan di atas mempunyai kelebihan masing-masing. Ibu tercinta saya menggalakkan saya ke pilihan kedua. Dan, dia sanggup menampung duit belanja saya nanti.

Dengan pilihan pertama, saya mampu mencapai income yang tinggi kerana dalam 'marketing' the sky is the limit. Dan saya sangat bertuah dan syukur pada Allah kerana memberikan kelebihan ini pada saya. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Mustakim yang membuka peluang kepada saya melangkah masuk ke dunia yang hebat ini.

Pilihan ketiga ialah pilihan yang mana saya on the right track. Dididik dan diasuh untuk menjadi bakal jurutera, selepas 5 tahun, sememangnya saya dikatakan layak berada di kedudukan itu. Insyallah, jika rezeki di sini, saya akan mencuba untuk memberikan kerja yang berkualiti kepada syarikat. Cuma, saya sangat mendoakan agar suasana kerja saya nanti tidak menekan kerana saya memang tidak suka diri tertekan.Kelak, produktiviti saya bakal merosot.

Pilihan keempat sangat meluas. Peluang juga ada. Maklum saja, saya memang aktif dengan berniaga sejak di bangku sekolah. Dan saya pernah membuktikan orang semuda saya mampu menampung hidup dengan meniaga kecil-kecilan. Apa pun perniagaannya, saya dengan izin-Nya akan berusaha dengan teliti dan istiqamah. Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi tunjuk ajar.

Antara pilihan di atas, saya masih tidak pasti di mana tempat saya nanti. Walau apa pun, saya tetap bakal meneruskan perjuangan saya dengan pilihan pertama. Produk Grolier amat bagus, itu membuatkan saya sayang sangat pada kerja ini. Jika ada kesempatan, saya bakal update cerita ini. Sekian, saya rasa saya bijaksana, anda mungkin bijaksana, namun Allah maha bijaksana.

No comments:

Post a Comment