Tuesday, October 19, 2010

Lagu yg wajar dihayati...

Lagu yg pertama sudah tentu alunan ayat-ayat Al-Qur'an, zikir dan tasbih. Dan lebih elok kita sendiri yg mengalunkannya. Tak kiralah, dengan suara atau dalam hati kita. Elok sangat berzikir semasa menunggu barisan di bank, sementara kuliah mula atau di dalam kereta. Bila menyusulkan perkara tadi, saya juga terinsaf. Sebabnya saya rasa saya juga sudah semakin alpa untuk membasahkan lidah dan hati menyebut dan memuji Allah Yang Esa & berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun, it's never too late. Jom kita mulakan kembali. Hari ini, ayat motivasi saya ialah 'we are born to be great!'. Begitulah status saya gunakan kini menggantikan 'pandanglah dunia dengan pandangan yang positif'.

Semoga selain dapat memberi nafas yg baru kepada diri saya sendiri, sesiapa yg terbaca turut memperoleh kebaikan dari situ. Besar harapan saya untuk kita sama-sama berjaya wahai saudara seagamaku.

Sebenarnya, saya mahu kongsi tentang tajuk Lagu yg wajar dihayati. Ya, wajar kita hayati, bukan hanya untuk berseronok semata. Alunan alternatif yg saya yakin membawa kesan positif dalam jiwa jika kita dengar dgn telinga hati...

Maher Zain dgn lagunya Insya Allah. Teman rapat saya di universiti pernah memaklumkan dia rasa tenang dengar lagu ini. Ya, saya juga tak nafikan.

Liriknya wajar dihayati... Bukan lirik lagu cinta yg sentiasa berkumandang di radio-radio itu yg perlu dihayati. Walaupun saya pernah menangis kerana lagu-lagu leleh, saya tahu itu tak patut. Lagu leleh banyak membuatkan manusia sedih. Kenapa nak sedih? Cheer up. Kita insan bertuah, makhluk bertuah, makhluk terpilih untuk menjadi khalifah di bumi Allah yg luas ini.

Liriknya...
Bukalah telinga dan telinga hati...

***
Everytime
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way...

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way ...

Everytime you commit one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way...

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way ...


Turn to Allah...
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray..

OOO Ya Allah....
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way...

Showed me the way.. 2x

Insya Allah.. 2x
Insya Allah we`ll find the way

***



Serba sedikit yg saya tahu tentang Maher Zain:
1. Memiliki Ijazah Engineering
2. Sudah berkahwin. Alhamdulillah.
3. Suka muzik. Namun mengaku tidak suka perkara-perkara lain di sekeliling dunia itu.
4. Baru-baru ini datang ke Malaysia. Sambutan sgt hebat. Tiket habis terjual sebelum beliau tiba di Malaysia.
5. Albumnya mendapat Double Platinum di Malaysia.
6. Mendapat hadiah sebuah Proton Persona.
7. Ditemuramah di IKIM.fm dan Suria.fm.
8. Lagunya boleh dimuat turun secara percuma- untuk tujuan dakwah.
(boleh betulkan jika apa yg saya tahu tak tepat)

Segala puji bagi Allah yg mengurniakan bakat yg besar kpd beliau utk berkarya!

p/s: Setiap insan diduga. Hidup kita ada pasang surut. Jika kita kecewa, kembalilah pada Dia.. Kita bijak!

Sunday, October 17, 2010

Ke mana Ringgit Malaysia ku habis?

Saban bulan kita belanja banyak wang. Ingat tak ke mana Ringgit Malaysia kita pergi? Kebanyakan orang, duitnya habis sebelum hujung bulan. Ataupun ada juga sebahagian orang (termasuk saya), bila dekat hujung bulan, duit hampir habis. Masa tu memang makan pun jimat. Air pun minum air masak saja.

Hakikatnya, kenapa duit tak pernah cukup? Sekadar perkongsian.. Tanya diri kita soalan berikut:

1. Berapakah income saya? (duit masuk)
2. Berapakah saya belanja tiap-tiap bulan?
3. Berapa yang lebih?

Kalau jawapan soalan ketiga anda ialah tiada, awas!! Bermakna anda gagal urus wang anda dgn baik! (termasuk saya pada suatu ketika)

Kalau jawapannya negatif (anda siap ada hutang dgn kawan2 / tak dpt byr ansuran bank), anda lagi lah kritikal!!

Kalau jawapan anda, positif setiap bulan (adalah sikit lebih/ byk), saya kategorikan anda seorang yg bijak urus wang anda! TAHNIAH!! Tetapi, saya nak kongsi kaedah untuk anda LEBIH BIJAK..

Sepatutnya kita kene jawab soalan di bawah:
1. Berapa income saya?
2. Berapa saya mahu simpan?
3. Berapa yg tinggal utk saya belanja?

;)

Yup, kaedah ni baru betul. Save & spend.

BUKAN spend & save. Sebab selalunya kalu spend baru nak save, selalunya duit tu semua dah habis. Ada-ada saja alasan kita reka untuk memaafkan diri sebab belanja terlebih. Antaranya, beli baju time SALE, nak tukar handphone baru sbb yg lama dah uzur sgt dan lain2.

Haha.. Cukuplah dulu, lain kali ada tips kita bincang lagi. Kita kan bijak!!


Sumber gambar: graceong.com

Saturday, October 16, 2010

Yakinlah Doa Kita Akan Makbul

Terjemahan ayat ini diperoleh dari email ke gogglegroup chemijan06.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran." Al-Baqarah:186

Suka saya nak berkongsi pengalaman saya tentang kisah doa ini.

Masa saya kecil-kecil dulu, mak saya hendak pergi ke suatu tempat. Saya lupa ke mana. Kedah ke Kuala Lumpur ke. Mak saya naik kereta dengan pak cik dan beberapa org lg. Saya anak yg bongsu, selalu ikut mak dan ayah( arwah ayah). Apabila saya tahu saya tidak dibawa, saya sedih.

Lalu, ketika mak dan mereka sedang bersiap-siap utk bertolak. Saya berdoa dengan penuh mengharap pada Allah supaya saya dapat ikut mak saya.

Saya minta sungguh-sungguh dengan Allah. Dan kemudian saya duduk di tangga memerhatikan mak dan yg lain bertolak. Dalam hati, saya masih berdoa dan berharap, mak bawalah saya bersama.

Saat mak saya mahu naik kereta, dia berkata " Bawa adik la sorang, muat ni.." Alangkah super gembiranya saya, seperti keajaiban berlaku. Miracle!!! Terima kasih Allah!!!!

Syukur!! Doaku makbul serta merta. Doa seorang anak kecil...

Kini, setelah dewasa, hampir ke arah dewasa, pada usia 22 tahun, saya berpendapat, doa kita akan dimakbulkan. Mungkin on the spot, mungkin tahun depan, 10 tahun depan atau mungkin di alam lain. Mungkin di akhirat.

Berdasarkan pengetahuan saya, doa kita yg tak makbul di dunia akan dimakbulkan di akhirat (syurga). Pada ketika itu, doa-doa tersebut seperti hadiah. Kita akan rasa perlu berdoa lebih byk ketika hayat di dunia.

Jadi, samalah perihal dengan usaha. Sebab, doa juga salah 1 jenis usaha. Kita berusaha pulun-pulun namun mungkin dapat hasil yg tidak setimpal Kita rasa tak adil? Namun percayalah, suatu hari usaha kita akan berbalas. Pasti dan pasti, semakin lambat, semakin hebat natijahnya. Bersabarlah!

Saya bercerita berdasarkan apa yang saya alami dlm hidup. Dan saya masih belajar merungkaikan hikmah dugaan yang ada dlm hidup saya.

Pernah 1 ketika saya belajar dengan penuh kesungguhan, bertahun-tahun, namun result saya hanyalah lepas makan, kemudian saya usaha sehingga berjaya ke top 10. Namun saya masih rasa gagal kerana tak pernah jadi no 1 di sekolah berasrama penuh itu. Saya usaha lagi, namun saya gagal juga. Sehinggalah PMR dan graduasi. Namun saya bersyukur kerana kebanyakan top 10 ialah perempuan!

Jangan marah ye wahai lelaki! Itulah yg berlaku. Kebanyakan lelaki memang malas study masa saya kat sekolah tu.

Kemudian saya ke sekolah ke-dua. Di sana, saya bukan seorang yang super rajin seperti dulu. Namun, Allah memberi rezeki yg murah kepada saya. Saya pernah hilang fokus semasa Form 4 dan 5 kerana keliru memilih aliran dan saya digangu geng 'jahat' di sekolah.

Saya pernah diugut, dipulau dan dimalukan di khalayak- di dewan makan semasa lunch. Saya dipercayai sbg orang yg mengugut ketua geng 'jahat' dan juga mengugut guru di sekolah melalui SMS.

Namun, Allah sygkan saya. Saya masih mampu memiliki Anugerah Pengetua sehingga semester terakhir. Pada hemat peribadi saya, mungkin balasan atas usaha saya dulu -super duper rajin telah ditunda ke saat itu. Saat yg saya tidak rajin, dibebani masalah dalaman dan luaran. Namun bukan saya mendabik dada. Kawan-kawan & keluarga serta guru turut memberi bantuan yg besar dlm kejayaan tersebut.

Kawan-kawan melindungi saya sepanjang tempoh saya dipulau dan diugut oleh geng 'jahat'. Betapa baik hati mereka tidak lagi membenarkan saya berjalan seorang diri di sekolah. Juga, keluarga terus datang ke sekolah apabila saya sebak dalam telefon. Guru juga cuba menenangkan.

Terima kasih semua. Terima kasih ALLAH...


Sumber gambar: alunaqurani.blogspot.com

Sampaikan Walau Sepotong Ayat

Dengan ini, saya, Muhibbah merasmikan blog ini.

Selamat menaip & membaca!