Thursday, December 9, 2010

Definisi Kehidupan

Semalam hari mereka,
hari ini hari kita,
esok lusa hari orang lain pula.

Itulah kehidupan atau lebih glamour, LIFE!

Mengapa saya mendefinasikan kehidupan dalam bentuk ini? Sebab saya bakal meninggalkan dunia seorang mahasiswa. Kawan-kawan seangkatan termasuk saya sudah bergraduasi yg mana bererti kami tidak lagi perlu menghadiri kelas dan menyiapkan segala bagai projek dan tugasan. Indah sungguh perasaan ini bukan?

Semua orang tertunggu-tunggu saat ini. Saat kita menyempurnakan pengajian. Tak kira lah sijil, diploma, ijazah, master atau phd sekali pun.


Kredit gambar dari email teman U bernama Azuary.

Dunia ibarat roda, glamour bukan kata-kata ini? Selalunya orang bersetuju dengan pepatah ini. Namun saya pernah membaca dalam satu buku/artikel, maafkan saya terlupa buku mana, dalam buku itu menyatakan hidup ini umpana tangga. Pada kaca mata saya, sangat menarik!

HIDUPLAH DALAM KEHIDUPAN UMPAMA TANGGA.


Kredit gambar dari SINI.

Ayat di atas ialah seruan kepada diri ini dan semua yg sudi menjadi pembaca. Dari segi nasib dan fitrah kita memang akan berada di atas kemudian di bawah. Dalam kebanyakan kes, kita bermula dari bawah barulah naik ke atas. (ya, hidup ni spt roda, berpusing) Macam injit-injit semut. Siapa sakit naik atas bukan?

Comel sungguh permainan masa kanak-kanak. Kalau saya nak tafsirkan, bila kita diduga, susah dan ditindas, kita mahu bangkit dan berada di atas. "Injit-injit semut, sape sakit naik atas!". Namun adakala kita tak sakit pun, namun kita masih mahu naik ke atas. BAGUS!! Marilah membaiki kualiti hidup. Kalau cepat sangat puas hati, nanti kualiti kerja dan hidup akan menurun. Dunia ini semakin sengit persaingannya. Jom kita tempuh dengan hati membara demi Allah Taala.

Dalam kita rakus mengejar dunia, selitkan selalu rasa syukur pada-Nya atas kurniaan rahmat. Rahmat yang mudah, udara yang dihirup dan air yang menghilangkan dahaga. Ucaplah Alhamdulillah setiap masa yang patut. Jadikan ia zikir harian. Insyallah hidup dan rezeki yg dinikmati berkat dan bermanfaat. Wallahuallam, assalamualaikum.

Jangan lupa tau, jadi bijak. Kita bijak dan kita mesti lebih bijak setiap hari.

KITA BIJAK!!

No comments:

Post a Comment