Tuesday, October 19, 2010

Lagu yg wajar dihayati...

Lagu yg pertama sudah tentu alunan ayat-ayat Al-Qur'an, zikir dan tasbih. Dan lebih elok kita sendiri yg mengalunkannya. Tak kiralah, dengan suara atau dalam hati kita. Elok sangat berzikir semasa menunggu barisan di bank, sementara kuliah mula atau di dalam kereta. Bila menyusulkan perkara tadi, saya juga terinsaf. Sebabnya saya rasa saya juga sudah semakin alpa untuk membasahkan lidah dan hati menyebut dan memuji Allah Yang Esa & berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun, it's never too late. Jom kita mulakan kembali. Hari ini, ayat motivasi saya ialah 'we are born to be great!'. Begitulah status saya gunakan kini menggantikan 'pandanglah dunia dengan pandangan yang positif'.

Semoga selain dapat memberi nafas yg baru kepada diri saya sendiri, sesiapa yg terbaca turut memperoleh kebaikan dari situ. Besar harapan saya untuk kita sama-sama berjaya wahai saudara seagamaku.

Sebenarnya, saya mahu kongsi tentang tajuk Lagu yg wajar dihayati. Ya, wajar kita hayati, bukan hanya untuk berseronok semata. Alunan alternatif yg saya yakin membawa kesan positif dalam jiwa jika kita dengar dgn telinga hati...

Maher Zain dgn lagunya Insya Allah. Teman rapat saya di universiti pernah memaklumkan dia rasa tenang dengar lagu ini. Ya, saya juga tak nafikan.

Liriknya wajar dihayati... Bukan lirik lagu cinta yg sentiasa berkumandang di radio-radio itu yg perlu dihayati. Walaupun saya pernah menangis kerana lagu-lagu leleh, saya tahu itu tak patut. Lagu leleh banyak membuatkan manusia sedih. Kenapa nak sedih? Cheer up. Kita insan bertuah, makhluk bertuah, makhluk terpilih untuk menjadi khalifah di bumi Allah yg luas ini.

Liriknya...
Bukalah telinga dan telinga hati...

***
Everytime
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way...

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way ...

Everytime you commit one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way...

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way ...


Turn to Allah...
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray..

OOO Ya Allah....
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way...

Showed me the way.. 2x

Insya Allah.. 2x
Insya Allah we`ll find the way

***



Serba sedikit yg saya tahu tentang Maher Zain:
1. Memiliki Ijazah Engineering
2. Sudah berkahwin. Alhamdulillah.
3. Suka muzik. Namun mengaku tidak suka perkara-perkara lain di sekeliling dunia itu.
4. Baru-baru ini datang ke Malaysia. Sambutan sgt hebat. Tiket habis terjual sebelum beliau tiba di Malaysia.
5. Albumnya mendapat Double Platinum di Malaysia.
6. Mendapat hadiah sebuah Proton Persona.
7. Ditemuramah di IKIM.fm dan Suria.fm.
8. Lagunya boleh dimuat turun secara percuma- untuk tujuan dakwah.
(boleh betulkan jika apa yg saya tahu tak tepat)

Segala puji bagi Allah yg mengurniakan bakat yg besar kpd beliau utk berkarya!

p/s: Setiap insan diduga. Hidup kita ada pasang surut. Jika kita kecewa, kembalilah pada Dia.. Kita bijak!

No comments:

Post a Comment