Sunday, October 23, 2016

Apa nak buat apabila orang sakiti hati kita?

Bismillah.

Tulisan ni ialah nota untuk diri ini dan juga anda yg mencari-cari tips nak meredakan sakit hati apabila orang biat kita atau orang dengki pada kita.

Hidup ni perlu fokus kepada Allah.

  • Bukan fokus kepada makhluk.


Makhluk ni lemah manakala Allah Maha Sempurna.

Bila kita sedih, menderita, diseksa atau disakiti secara fizikal, mental atau psikologi, kita perlu fokus kepada yang mengizinkan perkara itu berlaku, iaitu Allah Taala.

Segala yang berlaku hanya terjadi atas izin Allah. Kita fikir

Apa yang Allah nak ajar pada aku ni?

Allah nak tunjuk

Sunday, April 28, 2013

Biar buruk tapi elok


Biar buruk, tapi elok. Itu yang terdetik di hati ini. Kisahnya bermula...

Usai saya melipat kain dan menggantungkan baju-baju kurung milik saya, saya menjengah ke bilik. Selepas mengambil bantal yang ibu telah jahit, saya letakkan di atas tempat peraduan. Teringat pagi tadi, ibu saya yang tercinta telah mengambil bantal itu dan mengatakan, “Ma nak jahit”. Mulanya saya kurang bersetuju, buat apa nak dijahit, cukuplah sarung bantalnya sudah ada. Namun saya relakan saja bantal itu dibawa pergi.

Namun pada malam ini, baru saya sedar, betapa murninya usaha ibu saya itu. Beliau menjahit bantal itu supaya lebih tahan lama dan tak mudah kotor.

Almaklumlah bantal yang dibeli dari ‘supermarket’ kulitnya putih. Kalau dah diguna lama, tambahan lagi oleh cucu-cucu beliau, memang nampak kotornya.
Memang bantalnya sudah buruk, namun masih elok. Rupanya diri ini tak lah secerewet mana, cukuplah andai barang itu masih elok, buruk pun tak mengapa, janji bersih dan kemas.

Alhamdulillah. Terima kasih ma!

9 easy ways to release weight (write on sticky notes!)

Try these out and write it down. Studies shows that if we paste it, we will get motivated to practice exercise. Paste it on your notice board,  mirror or even paste it on the fridge!

1 . Play with Fido for 30 minutes...
BURN: 97 CALORIES

2. Lift weights during the first half-hour of your favourite TV show...
BURN: 104 CALORIES

3. Pop in a 30-minute Pilates video...
BURN: 104 CALORIES

4. Take a brisk walk around the shopping mall for 25 minutes...
BURN: 110 CALORIES

5. Dance to your favorite music for 15 minutes…
BURN: 112 CALORIES

6. Skip rope for 10 minutes...
BURN: 115 CALORIES

7. Mop your floors for 30 minutes...
BURN: 121 CALORIES

8. Alternate between doing sets of push-ups, crunches, and jumping jacks for 15 minutes...
BURN: 138 CALORIES

9. Walk up and down the stairs for 30 minutes...
BURN: 190 CALORIES

Information is copied from http://health.mylaunchpad.com.my/fitness-exercise/article/articleid/234180/9-ways-to-blast-calories-indoors

Wednesday, June 27, 2012

Tok Tok Tok Pintu Hati Diketuk

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Saat hati anda diketuk, apakah yang anda lakukan?

Ya, hati saya diketuk, lagi...
Diri ini rasa dipanggil-panggil untuk berjuang.
Dan saya masih, mencari medan perjuangan yang sesuai dengan kapasiti saya kini.

Perjuangan yang saya maksudkan ialah perjuangan untuk membebaskan bumi umat Islam, Palestin daripada belenggu penjajah Zionis.

Mungkin ramai yang tidak kisah, tapi sebenarnya lebih ramai lagi yang kisah tentang isu Palestin. Dan pasti, Allah Al-Qayyum dan Ar-Raqib sentiasa mentadbir dan mengawasi segala urusan alam ini. Dan kita manusia, dikatakan juga ialah sebahagian daripada alam ini.

Soalan saya untuk saya dan anda, kamu kisah?

~Nor Muhibbah Mohamed @ Muhammad~
~Medan Bicara~

Monday, April 11, 2011

Kerjaya ku

Sedikit perkongsian tentang apa yang dialami oleh saya kini. Telah lama saya pendamkan, rasanya tibalah masanya saya luahkan sedikit di sini.

Setelah tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia, saya telah memilih untuk berehat sebelum merancang hala hidup saya.

Kini, bulan April menjengah. Bermakna sudah 4 bulan saya habis belajar di universiti kebanggaan saya, Universiti Teknologi PETRONAS.

Saya kini memiliki beberapa pilihan:
1. Bekerja full time dengan syarikat penerbitan antarabangsa, Grolier.
2. Menyambung Master dalam kejuruteraan kimia/ mungkin bidang lain.
3. Menjadi seorang jurutera di mana-mana syarikat swasta.
4. Terus membuka syarikat sendiri.

Keempat-empat pilihan di atas mempunyai kelebihan masing-masing. Ibu tercinta saya menggalakkan saya ke pilihan kedua. Dan, dia sanggup menampung duit belanja saya nanti.

Dengan pilihan pertama, saya mampu mencapai income yang tinggi kerana dalam 'marketing' the sky is the limit. Dan saya sangat bertuah dan syukur pada Allah kerana memberikan kelebihan ini pada saya. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Mustakim yang membuka peluang kepada saya melangkah masuk ke dunia yang hebat ini.

Pilihan ketiga ialah pilihan yang mana saya on the right track. Dididik dan diasuh untuk menjadi bakal jurutera, selepas 5 tahun, sememangnya saya dikatakan layak berada di kedudukan itu. Insyallah, jika rezeki di sini, saya akan mencuba untuk memberikan kerja yang berkualiti kepada syarikat. Cuma, saya sangat mendoakan agar suasana kerja saya nanti tidak menekan kerana saya memang tidak suka diri tertekan.Kelak, produktiviti saya bakal merosot.

Pilihan keempat sangat meluas. Peluang juga ada. Maklum saja, saya memang aktif dengan berniaga sejak di bangku sekolah. Dan saya pernah membuktikan orang semuda saya mampu menampung hidup dengan meniaga kecil-kecilan. Apa pun perniagaannya, saya dengan izin-Nya akan berusaha dengan teliti dan istiqamah. Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi tunjuk ajar.

Antara pilihan di atas, saya masih tidak pasti di mana tempat saya nanti. Walau apa pun, saya tetap bakal meneruskan perjuangan saya dengan pilihan pertama. Produk Grolier amat bagus, itu membuatkan saya sayang sangat pada kerja ini. Jika ada kesempatan, saya bakal update cerita ini. Sekian, saya rasa saya bijaksana, anda mungkin bijaksana, namun Allah maha bijaksana.

Thursday, December 9, 2010

Definisi Kehidupan

Semalam hari mereka,
hari ini hari kita,
esok lusa hari orang lain pula.

Itulah kehidupan atau lebih glamour, LIFE!

Mengapa saya mendefinasikan kehidupan dalam bentuk ini? Sebab saya bakal meninggalkan dunia seorang mahasiswa. Kawan-kawan seangkatan termasuk saya sudah bergraduasi yg mana bererti kami tidak lagi perlu menghadiri kelas dan menyiapkan segala bagai projek dan tugasan. Indah sungguh perasaan ini bukan?

Semua orang tertunggu-tunggu saat ini. Saat kita menyempurnakan pengajian. Tak kira lah sijil, diploma, ijazah, master atau phd sekali pun.


Kredit gambar dari email teman U bernama Azuary.

Dunia ibarat roda, glamour bukan kata-kata ini? Selalunya orang bersetuju dengan pepatah ini. Namun saya pernah membaca dalam satu buku/artikel, maafkan saya terlupa buku mana, dalam buku itu menyatakan hidup ini umpana tangga. Pada kaca mata saya, sangat menarik!

HIDUPLAH DALAM KEHIDUPAN UMPAMA TANGGA.


Kredit gambar dari SINI.

Ayat di atas ialah seruan kepada diri ini dan semua yg sudi menjadi pembaca. Dari segi nasib dan fitrah kita memang akan berada di atas kemudian di bawah. Dalam kebanyakan kes, kita bermula dari bawah barulah naik ke atas. (ya, hidup ni spt roda, berpusing) Macam injit-injit semut. Siapa sakit naik atas bukan?

Comel sungguh permainan masa kanak-kanak. Kalau saya nak tafsirkan, bila kita diduga, susah dan ditindas, kita mahu bangkit dan berada di atas. "Injit-injit semut, sape sakit naik atas!". Namun adakala kita tak sakit pun, namun kita masih mahu naik ke atas. BAGUS!! Marilah membaiki kualiti hidup. Kalau cepat sangat puas hati, nanti kualiti kerja dan hidup akan menurun. Dunia ini semakin sengit persaingannya. Jom kita tempuh dengan hati membara demi Allah Taala.

Dalam kita rakus mengejar dunia, selitkan selalu rasa syukur pada-Nya atas kurniaan rahmat. Rahmat yang mudah, udara yang dihirup dan air yang menghilangkan dahaga. Ucaplah Alhamdulillah setiap masa yang patut. Jadikan ia zikir harian. Insyallah hidup dan rezeki yg dinikmati berkat dan bermanfaat. Wallahuallam, assalamualaikum.

Jangan lupa tau, jadi bijak. Kita bijak dan kita mesti lebih bijak setiap hari.

KITA BIJAK!!

Tuesday, October 19, 2010

Lagu yg wajar dihayati...

Lagu yg pertama sudah tentu alunan ayat-ayat Al-Qur'an, zikir dan tasbih. Dan lebih elok kita sendiri yg mengalunkannya. Tak kiralah, dengan suara atau dalam hati kita. Elok sangat berzikir semasa menunggu barisan di bank, sementara kuliah mula atau di dalam kereta. Bila menyusulkan perkara tadi, saya juga terinsaf. Sebabnya saya rasa saya juga sudah semakin alpa untuk membasahkan lidah dan hati menyebut dan memuji Allah Yang Esa & berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun, it's never too late. Jom kita mulakan kembali. Hari ini, ayat motivasi saya ialah 'we are born to be great!'. Begitulah status saya gunakan kini menggantikan 'pandanglah dunia dengan pandangan yang positif'.

Semoga selain dapat memberi nafas yg baru kepada diri saya sendiri, sesiapa yg terbaca turut memperoleh kebaikan dari situ. Besar harapan saya untuk kita sama-sama berjaya wahai saudara seagamaku.

Sebenarnya, saya mahu kongsi tentang tajuk Lagu yg wajar dihayati. Ya, wajar kita hayati, bukan hanya untuk berseronok semata. Alunan alternatif yg saya yakin membawa kesan positif dalam jiwa jika kita dengar dgn telinga hati...

Maher Zain dgn lagunya Insya Allah. Teman rapat saya di universiti pernah memaklumkan dia rasa tenang dengar lagu ini. Ya, saya juga tak nafikan.

Liriknya wajar dihayati... Bukan lirik lagu cinta yg sentiasa berkumandang di radio-radio itu yg perlu dihayati. Walaupun saya pernah menangis kerana lagu-lagu leleh, saya tahu itu tak patut. Lagu leleh banyak membuatkan manusia sedih. Kenapa nak sedih? Cheer up. Kita insan bertuah, makhluk bertuah, makhluk terpilih untuk menjadi khalifah di bumi Allah yg luas ini.

Liriknya...
Bukalah telinga dan telinga hati...

***
Everytime
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way...

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way ...

Everytime you commit one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way...

Insya Allah... 2x
Insya Allah you`ll find your way ...


Turn to Allah...
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray..

OOO Ya Allah....
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way...

Showed me the way.. 2x

Insya Allah.. 2x
Insya Allah we`ll find the way

***



Serba sedikit yg saya tahu tentang Maher Zain:
1. Memiliki Ijazah Engineering
2. Sudah berkahwin. Alhamdulillah.
3. Suka muzik. Namun mengaku tidak suka perkara-perkara lain di sekeliling dunia itu.
4. Baru-baru ini datang ke Malaysia. Sambutan sgt hebat. Tiket habis terjual sebelum beliau tiba di Malaysia.
5. Albumnya mendapat Double Platinum di Malaysia.
6. Mendapat hadiah sebuah Proton Persona.
7. Ditemuramah di IKIM.fm dan Suria.fm.
8. Lagunya boleh dimuat turun secara percuma- untuk tujuan dakwah.
(boleh betulkan jika apa yg saya tahu tak tepat)

Segala puji bagi Allah yg mengurniakan bakat yg besar kpd beliau utk berkarya!

p/s: Setiap insan diduga. Hidup kita ada pasang surut. Jika kita kecewa, kembalilah pada Dia.. Kita bijak!